Mod Jimat Tenaga dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Jimat Tenaga dan Lagi

Kemaskini ini memperkenalkan mod jimat tenaga baru, mengoptima Telegram untuk peranti Android bertaraf rendah, menambah banyak lagi opsyen kelajuan main balik, dan banyak lagi.

Mod Jimat Tenaga

Animasi Telegram yang indah dengan kesan ringan yang dioptimakan membuat mana-mana fon merasa berkuasa, tetapi kini boleh dinyahdayakan untuk panjangkan hayat bateri dan menambah baik prestasi pada peranti lama.

Mod Jimat Tenaga boleh diset kepada secara automatik buka bila bateri anda mencapai peratusan tertentu – dengan togel individu yang membolehkan anda nyahdaya kesan tertentu.

Pengguna iOS juga boleh guna aturan jimat tenaga untuk hadkan had bagi kemaskini latar belakang – walaupun kami tidak menyarankan melakukan ini, kerana anda akan dapat melihat aplikasi 'Mengemaskini…' dengan lebih kerap.

Untuk Android, kami telah menguji lebih dari 200 jenis peranti untuk melihat bagaimana Telegram berfungsi dan kami telah mencipta aturan paras asal yang optima untuk pastikan semua pengguna memperolehi pengalaman yang terbaik.

Anda boleh togel mod Jimat Tenaga atau melakukan penambahbaikan aturan individu untuk main auto, animasi, dan kesan di Aturan > Jimat Tenaga.

Kelajuan Main Auto Terperinci

Untuk beberapa tahun, pengguna Telegram telah dapat menukar kelajuan main balik untuk video, suara dan mesej video. Kini anda boleh mempunyai lebih fleksibiliti dengan menekan lama butang 2x untuk memilih mana-mana kelajuan diantara 0.2x–2.5x.

Untuk menukar kelajuan main balik pada video, tekan Menu Android or Menu iOS, kemudian tekan 'Kelajuan Main Balik' dan gerakkan peluncur.

Waktu Dibaca dalam Grup Kecil

Untuk memudahkan kolaborasi dalam pasukan kecil, status dibaca dalam grup kurang dari 100 ahli kini memaparkan waktu tepat bila mesej anda dibaca oleh setiap pengguna.

Link Jemputan Kirim Auto

Pengguna Telegram boleh mengawal siapa yang dibenarkan untuk tambah mereka ke grup. Jika anda menjemput seseorang yang menghadkan perbuatan ini, anda kini boleh dengan pantas kirim mereka link jemputan sebagai mesej.

Link jemputan kini memaparkan pratonton dalam bual agar anda boleh lihat di mana mereka ditujukan dengan sepintas lalu.

Untuk mengawal siapa yang boleh tambah anda secara terus ke grup, sila ke Aturan > Privasi dan Sekuriti > Grup & Saluran.

Susunan Dinamik untuk Pek Stiker

Semenjak kemaskini yang lalu, pek stiker yang terbaru diguna dipamirkan di bahagian atas panel anda untuk akses dengan lebih mudah. Jika anda ingin pek anda berada di tempat asal mereka, anda boleh tekan ikon gear gear dalam panel stiker dan togel Susunan Pek Dinamik.

Penterjemahan Keterangan Bot

Juruprogram bot kini boleh menyetempatkan sepenuhnya bot mereka dengan menterjemah seksyen keterangan bot dan 'Apa bot ini boleh lakukan?' ke beberapa bahasa.

Penambahbaikan Sokongan Folder pada iOS

Pengguna iOS boleh tanda semua bual dalam folder sebagai telah dibaca dengan satu tekan. Bila memajukan mesej, folder boleh diguna untuk dengan pantas mencari bual yang dikehendaki. Penambahbaikan ini juga akan dilaksanakan pada aplikasi Android kami di masa terdekat.

Emoji Beranimasi Baru

Sekiranya anda tertanya-tanya samaada kemaskini ini termasuk sepuluh pek baru emoji tersuai untuk pengguna premium Telegram – ya, memang begitu.

Emoji dan Reaksi Interaktif Baru

Juruanimasi kami menambah versi interaktif baru:👾😡😎 🤷‍♀️🤷🤷‍♂️. Kirim mana-mana di antara mereka dalam bual 1-dengan-1, kemudian tekan untuk mendayakan kesan skrin penuh untuk anda dan pasangan bual anda. Setiap pengguna juga boleh guna emoji ini sebagai reaksi.

Bantu anda melonggarkan bahu anda semasa duduk di depan komputer riba

Pemburuan Kutu Hebat

Ahli entomologi mungkin tidak bersetuju, tetapi kami bukan peminat kutu. Jadi dalam kitaran kemaskini kali ini, juruprogram Telegram berehat selama dua minggu daripada mencipta ciri baru dan sebaliknya menghapuskan lebih 400 kutu yang diketahui merentas aplikasi Telegram.

Sementara kami teruskan dengan usaha kami untuk kemaskini akan datang, semua pengguna digalakkan untuk guna bugs.telegram.org untuk melapur isu kepada pasukan kami dan tinggalkan cadangan melalui suggestions.telegram.org.

Ambil perhatian bahawa platform kami hanya menerima kiriman dalam bahasa Inggeris. Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi isu anda dengan sukarelawan kami yang bertutur dalam bahasa Melayu melalui Aturan > Tanya Soalan.


8 Mac 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026