Program Afiliasi, Carian Stiker Berkuasa AI, Kolaj, dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Program Afiliasi, Carian Stiker Berkuasa AI, Kolaj, dan Lagi

Hari ini, kami membawa berita menarik untuk pencipta kandungan dan juruprogram aplikasi mini di Telegram. Pencipta kini mempunyai cara mudah untuk menjana wang dari usaha mereka (dan memperoleh Star!), manakala juruprogram aplikasi mini mendapat alat yang berkuasa tinggi untuk menarik pengguna baru. Selain itu, pengguna Telegram kini boleh mencari stiker dengan AI dan mencipta kolaj dengan foto dan video dalam stori mereka.

Program Afiliasi

Dengan kemaskini ini, Telegram memperkenalkan Program Afiliasi untuk aplikasi mini. Kempen ini menawarkan promosi telus yang pertama dalam sejarah media sosial untuk kedua-dua pempengaruh dan klien mereka — dengan terma yang tersedia secara umum yang jelas dan boleh disahkan oleh sesiapa sahaja.

Semua pengguna dan saluran Telegram kini boleh mendapatkan Star dengan menyertai Program Afiliasi yang dilancarkan oleh juruprogram. Hanya pergi ke Baki Star anda dan terokai senarai program yang tersedia. Pilih satu, ambil link rujukan unik anda, dan mula kongsikannya.

Anda boleh menyusun program dalam senarai mengikut tarikh permulaan, jumlah hasil atau potensi keuntungan.

Apabila seseorang menggunakan link rujukan anda untuk mengakses mini apl dan membuat pembelian dengan Telegram Star, anda akan mendapat komisen — dalam bentuk peratusan Star dari transaksi mereka.

Komisen Diterima

Pembelian daripada rujukan anda akan memberikan anda komisen untuk tempoh keseluruhan Program Afiliasi yang dinyatakan dalam terma — walaupun program itu dihentikan lebih awal.

Komisen akan muncul dalam baki anda secara langsung sebaik sahaja pengguna yang anda rujuk ke mini apl membuat transaksi. Platform afiliasi adalah cara mudah dan boleh dipercayai untuk memperoleh Telegram Star — yang boleh anda gunakan untuk membeli produk atau langganan dalam aplikasi, menghantar hadiah kepada rakan, membuka kunci media dalam saluran dan banyak lagi.

Maklumat lanjut mengenai Program Afiliasi boleh didapati dalam panduan ini.

Mencipta Program Afiliasi

Mana-mana juruprogram mini apl atau bot di Telegram boleh memulakan Program Afiliasi mereka sendiri, dan menentukan berapa peratus daripada pendapatan masa depan mereka yang mereka sanggup kongsi dengan mereka yang merujuk pengguna. Mereka juga boleh memutuskan berapa lama mereka mahu berkongsi pendapatan selepas pengguna mula berinteraksi dengan mini apl mereka.

Menyiapkan Program Afiliasi adalah mudah — hanya beberapa tekanan, dan anda sudah tersedia untuk mengembangkan pangkalan pengguna anda secara organik lebih mampu dan efisien berbanding kempen pemasaran tradisional.

Carian Stiker Berkuasa AI

Mencari stiker yang dikehendaki kini lebih mudah! Terima kasih kepada model AI tersuai, panel stiker kini menyokong carian kompleks dengan pelbagai kata kunci. Sebagai contoh, cuba taip kucing minum kopi (cat drinking coffee) dan lihat hasil muncul serta-merta daripada lebih 40,000 stiker dalam pek rasmi Telegram.

Lebih baik lagi, ciri ini berfungsi dalam berpuluh bahasa, menjadikannya lebih mudah daripada sebelumnya untuk mengekspres diri anda. Pengguna premium juga boleh menggunakan carian yang ditambah baik ini dalam bahagian emoji.

Anda juga boleh mendapatkan cadangan segera untuk stiker dan emoji terus dari bar mesej dan menggunakan jalan pintas emoji seperti :heart untuk memasukkan emoji dengan cepat bersama teks.

Kolaj dalam Stori

Stori Telegram kini mendapat lonjakan kreativiti dengan kolaj. Anda kini boleh menggabungkan sehingga 6 foto atau video dalam pelbagai susun atur. Tambah media terus dari galeri anda atau kamera, dan isi setiap jubin untuk mencipta komposisi yang sempurna.

Ingin mengubah kolaj anda? Tukar susun atur dengan mudah menggunakan pilihan di bahagian atas skrin, seret jubin untuk menyusunnya semula atau tekan jubin untuk memadamkannya, mengambil semula foto, atau menyesuaikan kelantangan video.

Kapsyen Di Atas Media

Kapsyen untuk media dalam bual kini boleh dipindahkan dengan mudah ke bahagian atas dengan menekan butang 'Pindahkan Kapsyen Ke Atas' yang baru dalam penyunting media.

Ya, ini sudah boleh dilakukan melalui menu lampiran, tetapi kini ia lebih mesra pengguna!

Itu sahaja untuk kemaskini hari ini, kami akan kembali tidak lama lagi dengan kolaj ciri baru.



4 Disember 2024,
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026