Tema Bual, Status Dibaca di Grup, Rakaman Strim Langsung dan Emoji Berinteraktif

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
TITLE

Kemaskini hari ini membolehkan anda set tema berlainan untuk bual, rakam video dan audio dari siaran langsung , dan lihat status dibaca secara terperinci di grup. Ianya juga memperkenalkan emoji berinteraktif dengan kesan skrin penuh dalam bual peribadi.

Tema Bual

Telegram mempunyai berdozen ciri untuk mengurus bual anda dan sesuaikan penampilan mereka, dari Folder Bual ke Latar Belakang Beranimasi. Di kemaskini ini, koordinasi dan dekorasi berganding bahu dengan tema baru untuk bual peribadi. Pereka kami telah mencipta 8 tema yang boleh digunakan pada bual peribadi tertentu dan disegerakkan kepada semua peranti.

Kedua-dua anda dan teman bual anda boleh pilih tema untuk kedua belah pihak dan membolehkan sebarang perbualan mudah untuk dikenali, walaupun jika anda kehilangan cermin mata. Dengan ini anda boleh set tema berlainan untuk bual dengan rakan kerja dan ahli keluarga, agar anda tidak akan tersilap kirim video itu ke bos anda lagi.

Untuk set tema untuk bual anda di Android, tekan Kepala Bual Chat > ⋮ > Tukar Warna. Di iOS, tekan tap Kepala Bual Chat > ⋯ > Tukar Warna.

Setiap tema datang dengan versi siang dan malam dan akan mengikuti aplikasi aturan mod malam anda – samada anda gunanya dalam mod gelap di waktu siang, atau biar bual anda mengekori matahari.

<!—Algorithma tema ini tersangat ringan dan dioptimakan untuk dimuatkan serta merta bila anda membuka bual.

Juga: Barangan mod gelap.
—>

Status Dibaca di Grup Kecil

Mesej anda di grup ditanda sebagai dibaca (✓✓) sebaik sahaja salah seorang dari ahli melihatnya. Di grup kecil, anda kini juga boleh pilih mesej anda untuk lihat ahli grup mana yang telah membacanya.

Untuk melindungi privasi pengguna, status dibuka di group akan hanya disimpan untuk 7 hari selepas mesej dikirim. Ianya bukan tanggungjawab Telegram untuk simpan rekod setiap benda yang anda pernah lihat.

Rakam Strim Langsung dan Bual Video

Telegram mendokong berjuta komuniti yang boleh menjayakan acara langsung untuk penonton tanpa had. Samada ianya merupakan pesta forum merdeka ulung kali di adakan atau kelas aljebra di sekolah, pentadbir kini boleh rakam Strim Langsung dan Bual Video untuk kongsi di kemudian masa, membolehkan penonton untuk main semula lagu kegemaran mereka atau menyemaki semula perhitungan kuadratik sekali lagi.

{Terbitkannya untuk mereka yang tidak dapat mengikuti sesi langsung #$# publish it for those who missed the live version.}

Pentadbir boleh mula rakaman terus dari menu Strim Langsung atau menu Bual Video – dengan pilihan untuk rakam Video dan Audio atau Hanya Audio. Untuk rakam video, pilih orientasi untuk fail video akhir, Potret atau Landskap. Selepas anda selesai merakam atau apabila siaran telah tamat, fail akan dimuat naik secara terus ke Mesej Disimpan.

Tekan ⋮ atau ⋯ untuk buka menu siaran dan mula merakam. Ketika merakam, titik merah akan terpapar di sebelah tajuk siaran.

Emoji Interaktif

Setiap kemaskini ada terdapat emoji beranimasi baru, tetapi untuk kali ini kami melakukan sesuatu yang berlainan. Di bual peribadi, anda kini boleh tekan emoji beranimasi 🎆 🥳 🎈 👍 💩 atau ❤️ untuk melancarkan kesan skrin penuh.

Jika kedua pengguna membuka bual dalam masa yang sama, kesannya akan bermain dalam masa yang sama untuk setiap pengguna. Kedua pengguna juga akan merasai getaran pada masa yang sama.

Artis kami sudah pun turun ke penjara bawah tanah, untuk melaksanakan kerja-kerja kesan skrin penuh baru untuk banyak lagi emoji beranimasi baru.

Emoji beranimasi baru

Adakah ini bermakna kami tidak akan menambah emoji beranimasi baru? Sudah tentu tidak! Kirim mesej dengan satu emoji untuk dapat satu daripada hantu ke dalam bual:

Bantuan Telegram

Berjuta pengguna baru berdaftar dengan Telegram setiap minggu – untuk kebanyakan pengguna, ini mungkin aplikasi permesejan pertama atau kali pertama mengguna telefon pintar. Untuk membantu setiap pengguna untuk bermula dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai aplikasi, kami telah bina saluran Bantuan Telegram dengan petunjuk selesa dan demo video untuk Android dan iOS.

Dengan cara ini anda boleh dengan pantas lihat bagaimana untuk mula Bual Rahsia di iOS atau tunjuk kepada salah seorang dari nenek atau atuk cara mengirim foto di Android. Bila anda sudah bersedia untuk ciri yang lebih canggih, saluran Panduan Telegram mempunyai lebih dari 150 pos yang menunjuk anda cara untuk memaksima pengalaman pemesejan anda – boleh diperolehi dalam 10 bahasa.

Dan ini cukup untuk anda lakukan sehingga kami kembali nanti dengan kemaskini baru. Seperti kebiasaannya, ia tidak akan mengambil masa yang lama.


17 September 2021
Pasukan Telegram

Pergi atas