Skrol Sepantas Kilat dan Kegunaan Kalender untuk Lihat Media Dikongsi, Permohonan Menyertai, Tema Bual Global dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Skrol Sepantas Kilat dan Paparan Kalender untuk Media Dikongsi, Permohonan Menyertai, Tema Bual Global di iOS dan Lagi

Kemaskini pada kali ini membawa cara baru untuk mencari peristiwa di perkongsian media dengan skrol pantas dan paparan kalender, aturan kelulusan pentadbir untuk link jemputan, tema bual global untuk ke seluruh aplikasi anda dan lagi.

Skrol Sepantas Kilat untuk Media Dikongsi

Setiap pengguna Telegram mempunyai storan awan tanpa had – dan setiap bual ada halaman Media Dikongsi yang memaparkan semua foto, video, fail dan muzik yang telah dikirim ke sana. Kami telah menambah bar tarikh baru di bahagian tepi halaman, di mana anda boleh leret ke atas atau ke bawah untuk skrol media dikongsi dengan lebih pantas.

Untuk lebih jelas, picit untuk zum masuk dan keluar, supaya anda dapat lihat dari mana sekalipun dari 2 gambar kecil bersaiz besar ke beberapa dozen empat segi kecil pada setiap baris.

Paparan Kalender untuk Media Dikongsi

Untuk mencari media dari masa tertentu, tekan pada bar tarikh untuk buka interfes kalender dengan pratonton media untuk setiap hari – kemudian tekan untuk lihat semua media dari tarikh tersebut.

Paparan kalender di media dikongsi

Selain dari alatan baru untuk lompat di antara masa lampau dan sekarang, anda kini boleh tapis media dikongsi untuk tunjuk hanya foto, hanya video atau kedua-duanya sekali.

Menu baru dengan opsyen penapisan

Untuk lihat media dikongsi, tekan kepala di bahagian atas skrin anda di mana-mana bual dan skrol ke bawah. Untuk menu baru, tekan Menu Android di Android atau Menu iOS di iOS.

Permintaan Menyertai untuk Grup dan Saluran

Link jemputan membolehkan anda memberi pengguna kesempatan untuk sertai grup atau saluran anda menurut keselesaan mereka – samada anda kongsi link secara peribadi atau tukarnya kepada kod QR di atas papan iklan adalah terpulang kepada anda. Bila anda cipta link jemputan tambahan untuk bual anda, terdapat sekarang aturan untuk Mohon Kelulusan Pentadbir, yang memberi pentadbir lebih dari segi kawalan bagi siapa yang boleh sertai dan lihat bual.

Bila pengguna buka link dengan Kelulusan Pentadbir didayakan, mereka akan lihat butang untuk hantar permohonan menyertai yang pentadbir dapat uruskan dari bar baru di bahagian atas pada bual. Dari sana, pentadbir boleh lihat gambar profil awam dan bio pemohon, kemudian lulus atau tolak permohonan mereka.

Sebagai contoh, anda boleh pos link jemputan ke saluran sajak anda pada media sosial – kemudian benarkan hanya rakan karib anda dan mereka yang berwarna ungu untuk lihat penulisan anda.

Nama Unik untuk Link Jemputan

Kelulusan pentadbir boleh dilakukan untuk mana-mana link di seksyen Link Jemputan Tambahan – kami juga ada menambah keupayaan untuk memberi ke semua link nama unik, supaya anda boleh menanda mereka untuk susunan yang lebih rapi.

Senarai link jemputan dengan nama yang disesuaikan dapat dilihat hanya oleh pentadbir

Nama link akan menjadi sangat berguna jika anda mengguna kesemua opsyen yang berbeza untuk link jemputan, had pada tempoh, kekerapan penggunaan, dan lain-lain.

Tema Bual Global di iOS

Kemaskini sebelum ini memperkenalkan 8 tema baru yang anda boleh set untuk bual peribadi – dan kini mereka tersedia untuk keseluruhan aplikasi di iOS (akan datang untuk Android). Aturan Keterampilan telah direka semula, membawa tema ini ke tengah pentas. Dicipta oleh Pasukan Telegram, setiap tema mempunyai mod Malam dan Siang, latar belakang berwarna-warni yang beranimasi dan belon mesej bergradien.

Seperti semua tema, anda boleh sesuaikan rekaan dan menukar warna atau tukar coraknya. Untuk lebih banyak opsyen dan aturan penyesuaian, tekan ‘Tema Bual’ untuk sunting dan kongsi ciptaan anda.

Waktu Transit untuk Perkongsian Lokasi di iOS

Anda boleh tunjuk di mana anda berada atau di mana anda sedang menuju dengan mengirim lokasi dari menu lampiran Attach di bar mesej. Menekan lokasi dikongsi akan memaparkan peta kawasan – yang kini menunjuk anda waktu perjalanan untuk ke destinasi dengan Foot berjalan kaki, Car kereta, atau Public Transport kenderaan awam. Untuk lihat arah terperinci atau mendapatkan teksi ke lokasi, tekan pada tempoh perjalanan untuk membukanya di aplikasi kegemaran anda.

Butang masa transit baru di iOS

Waktu transit ditunjuk untuk kedua-dua statik dan lokasi langsung – agar anda dapat melihat berapa lama masa yang diambil untuk bertemu rakan anda sementara mereka masih dalam perjalanan.

Kapsyen Media Segera untuk iOS

Teks yang anda taip di bar mesej kini secara automatik ditukar menjadi kapsyen bila anda lampirkan media, supaya anda tidak lagi kena menaip atau memotong dan menampal yang anda baru tulis. Ini juga berfungsi dengan Draf Awan – supaya anda dapat menaip mesej anda di komputer, kemudian lampirkan foto dari fon anda dan kirim semuanya sekali gus.

Sudah pasti, kedua-dua masa transit dan kepsyen media segera akan ditambah ke aplikasi Android kami di kemaskini akan datang.

Aturan dikemaskini untuk iOS 15

Aturan di iOS telah direka semula untuk mengikut gaya iOS 15, termasuk Aturan Notifikasi dan Stiker.Seksyen Peranti kini memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sesi aktif anda dengan ikon baru - tekan mana-mana peranti untuk lihat dengan lebih terperinci atau log keluar darinya secara jarak jauh.

Ingat bahawa lokasi yang ditunjukkan untuk peranti anda adalah berdasarkan alamat IP mereka secara eksklusif. Data ini tidak selalunya tepat, jadi jangan terkejut jika komputer riba anda tiba-tiba pergi ke Qatar semasa anda sedang tidur.

Lagi Emoji Berinteraktif

Kemaskini ini memperkenal emoji berinteraktif baru. Kirim satu 👻 👎 🤮 😂 💸 atau 🎃 di mana-mana bual peribadi, kemudian tekan pada emoji untuk mengalami kesan skrin penuh yang menakjubkan.

Jika pasangan bual anda sedang membuka bualnya, anda berdua akan lihat dan rasa getarannya dalam masa yang sama.

Seperti mana yang anda ketahui dari kemaskini sebelum ini, keajaiban ini juga berfungsi dengan 🎆 🎉 🎈 👍 💩 dan ❤️.

Musim sejuk di bahagian utara bumi akan menjelma, namun kemaskini kami seterusnya sedang berlumba dengan kedatangan musim sejuk. Jangan ke mana-mana!


3 November 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

그룹내 주제 기능, 수집가능한 사용자명, 영상 메시지 음성 텍스트 변환 등

오늘 업데이트에서는 대형 그룹에서 토론을 관리할 수 있는 주제기능, 블록체인에서 보호되는 새로운 형태의 수집 가능한 사용자명, 영상 메시지를 텍스트로 변환할 수 있는 옵션 등을 소개합니다.
5 Nov 2022

무한 반응, 이모지 상태 등

텔레그램의 [기존 업데이트는 맞춤형 움직이는 이모지를 만들기 위한 오픈 플랫폼을 추가하여 이모지에 혁명을 일으켰습니다. 이번 업데이트에서는 무한반응 및 이모지 상태를 통해 새로운 이모지를 사용하여 내 기분을 표현할 수 있는 다양한 방법을 제공합니다.
16 Sep 2022

텔레그램 이모지 플랫폼, 맞춤 움직이는 이모지, 텔레그램 프리미엄 선물하기 등

이번 여름, 텔레그램이 활성사용자 7억명을 돌파하며, 추가적인 독점 기능들에 접근 가능하고 누구나 텔레그램 발전지원을 할 수 있는 텔레그램 프리미엄을 소개했습니다. 오늘 업데이트에는 메시지와 자막에 사용가능한 텔레그램 이모지 플랫폼과 맞춤 움직이는…
12 Ogo 2022

7억명 사용자와 텔레그램 프리미엄

텔레그램은 7억명 이상의 월 활성 사용자를 확보하며, 2022년도에 전 세계에서 다운로드 수가 많은 상위 5위 앱이 되었습니다. 이 성장은 온전히 개인 추천으로 이뤄냈습니다 - 아시다시피, 텔레그램은 유료 앱 홍보를 하지 않기 떄문입니다.
21 Jun 2022