Latar Belakang Beranimasi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
TITLE

Sebagai tambahan kepada Panggilan Video Grup, kemaskini ini menambah latar belakang beranimasi dan animasi penghantaran mesej, dan juga butang menu untuk bot baru, cara baru untuk mengimport stiker, peringatan untuk membantu menjaga keselamatan akaun anda, dan banyak lagi.

Latar Belakang Beranimasi

Temui latar belakang beranimasi untuk bual - kali pertama dalam aplikasi pemesejan! Hiasan latar belakang pelbagai warna ini dihasilkan secara algoritma dan bergerak dengan indah setiap kali anda menghantar mesej.

Juruprogram kami menambahkan animasi yang cekap dan jimat tenaga ke semua tema paras asal.

Anda dapat mencari lebih banyak latar belakang beranimasi di Aturan. Android: Aturan Bual > Tukar Latar Belakang Bual. iOS: Penampilan > Latar Belakang Bual.

Mencipta & Berkongsi Latar Belakang

Sekiranya pilihan paras asal tidak mencukupi, sangat mudah untuk membuat latar belakang beranimasi anda sendiri. Pilih tiga atau empat warna untuk membuka kunci animasi, kemudian tambahkan corak pilihan untuk gaya tambahan.

Setelah siap, kongsikan kertas dinding beranimasi anda dengan rakan dan keluarga untuk meningkatkannya ke tahap pengalaman pemesejan baru.

Animasi Kiriman Mesej

Stiker dan emoji kini bergerak lancar dari papan kekunci ke dalam bual anda - dengan animasi ringan yang tidak akan mempengaruhi kegunaan bateri anda.

Di iOS, ini juga berlaku untuk media yang anda kirim dari panel lampiran, dan mesej teks. Teks input anda berubah menjadi buih mesej dengan lancar ketika ia terbang ke dalam bual.

iOS: Ikon Separa Ketelusan & Aplikasi Baru

Di iOS, latar belakang kini kelihatan separa melalui kepala dan kaki dalam bual, memberikannya interfes yang baru.

Dua ikon aplikasi kecerunan baru tersedia dalam Aturan > Penampilan sebagai tambahan kepada versi biru klasik dan hitam:

Dua ikon aplikasi baru di iOS

Kami juga menambah butang Ciri Telegram di bahagian bawah menu Aturan di iOS, yang membuka saluran Panduan Telegram. Panduan tersedia dalam 10 bahasa, termasuk versi Turki yang baru ditambah.

Butang yang sama sudah ada di Android, anda boleh mencarinya di menu tepi.

Peringatan Info Log Masuk

Adalah mustahak untuk tentukan nombor fon Telegram anda sentiasa terkini untuk memastikan anda sentiasa boleh log masuk ke akaun anda. Sekiranya nombor fon anda telah berubah, anda dapat kemaskini dengan cepat dari peringatan baru di Aturan.

Peringatan mengenai kemaskini nombor fon anda

Pengguna Android akan mendapatkan peringatan ini pada kemaskini berikutnya, untuk masa ini mereka dapat memperbarui nombor fon mereka dengan menekan ke atasnya di Aturan.

Pengguna di semua platform akan menerima notifikasi dari Telegram setiap kali aturan Verifikasi Dua Langkah mereka diubah.

Verifikasi Dua Langkah di Telegram memungkinkan anda menyiapkan kata laluan tambahan, yang perlu anda masukkan setiap kali anda log masuk ke akaun anda.

Menu Bot

Kami menjadikan ianya lebih mudah untuk berkomunikasi dengan bot, menambahkan butang menu khas yang membolehkan anda melihat dan mengirim koman. Bot juga boleh mengubah pemegang tapak di medan input untuk memberi anda idea yang lebih baik mengenai jenis mesej yang mereka harapkan.

Juruprogram bot kini dapat membuat koman yang bertukar berdasarkan bahasa interfes pengguna dan jenis bual, serta koman khas yang hanya muncul dalam bual tertentu atau untuk pentadbir.

Lagi info boleh diperolehi di Dokumentasi Bot API.

Import Stiker

Bot @stickers dapat membantu anda membuat pek stiker baru serta mendapatkan statistik penggunaan untuk stiker anda.

Hari ini kami memberikan juruprogram pihak ketiga alatan untuk membuat aplikasi yang membantu manusia menghasilkan stiker unik tersuai baru dan mengimport ciptaan mereka ke Telegram dengan hanya menekan sekali.

Sekiranya anda adalah juruprogram yang berminat untuk membuat aplikasi yang membantu pengguna menerbitkan stiker mereka di Telegram, lihat Manual Mengimport Stiker baru kami.

Ingat, jika anda hanya mahu pengguna Telegram memasang stiker yang anda buat, anda tidak memerlukan apa-apa aplikasi! Muat naik stiker anda menggunakan bot kami, kemudian kongsi link ke pek anda dengan yang lain.

Emoji Beranimasi Baru

Kemaskini ini adalah mengenai pergerakan, jadi kami tidak boleh menggunakan emoji animasi baru. Seperti biasa, hantarkan mesej dengan emoji tunggal untuk mendapatkannya dalam bual:

Masa untuk mencuba ciri-ciri baru - sementara kami kembali mencipta lebih banyak perkara yang anda minta, ditambah dengan beberapa kejutan yang ada di perancangan kami. Jangan ke mana-mana.

Terus membaca untuk mempelajari tentang Panggilan Video Grup, sekiranya anda belum berbuat demikian.


25 Jun 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

그룹내 주제 기능, 수집가능한 사용자명, 영상 메시지 음성 텍스트 변환 등

오늘 업데이트에서는 대형 그룹에서 토론을 관리할 수 있는 주제기능, 블록체인에서 보호되는 새로운 형태의 수집 가능한 사용자명, 영상 메시지를 텍스트로 변환할 수 있는 옵션 등을 소개합니다.
5 Nov 2022

무한 반응, 이모지 상태 등

텔레그램의 [기존 업데이트는 맞춤형 움직이는 이모지를 만들기 위한 오픈 플랫폼을 추가하여 이모지에 혁명을 일으켰습니다. 이번 업데이트에서는 무한반응 및 이모지 상태를 통해 새로운 이모지를 사용하여 내 기분을 표현할 수 있는 다양한 방법을 제공합니다.
16 Sep 2022

텔레그램 이모지 플랫폼, 맞춤 움직이는 이모지, 텔레그램 프리미엄 선물하기 등

이번 여름, 텔레그램이 활성사용자 7억명을 돌파하며, 추가적인 독점 기능들에 접근 가능하고 누구나 텔레그램 발전지원을 할 수 있는 텔레그램 프리미엄을 소개했습니다. 오늘 업데이트에는 메시지와 자막에 사용가능한 텔레그램 이모지 플랫폼과 맞춤 움직이는…
12 Ogo 2022

7억명 사용자와 텔레그램 프리미엄

텔레그램은 7억명 이상의 월 활성 사용자를 확보하며, 2022년도에 전 세계에서 다운로드 수가 많은 상위 5위 앱이 되었습니다. 이 성장은 온전히 개인 추천으로 이뤄냈습니다 - 아시다시피, 텔레그램은 유료 앱 홍보를 하지 않기 떄문입니다.
21 Jun 2022