Pasukan Telegram selalunya melakukan verifikasi ke atas saluran, bot atau grup awam resmi yang aktif yang mempunyai akaun yang diverifikasikan sekurang-kurangnya dua dari servis di bawah:
Sila tambah link ke saluran Telegram anda ke profil pada servis terebut - agar kami dapat pastikan yang mereka sebenarnya adalah kepunyaan anda. Bila ini telah dilakukan, sila hubungi @VerifyBot kami untuk verifikasi.
Jika anda punyai halaman tak boleh dipertikaikan di Wikipedia, yang memenuhi syarat Garis Panduan Wikipedia – dan halaman tersebut disenaraikan ke saluran, bot atau grup awam Telegram anda - ianya boleh dikira sebagai satu daripada akaun yang diverifikasikan.
Untuk organizasi pula, link ke saluran Telegram dari laman web rasmi boleh juga diambil kira. Bot akan meminta data tambahan dan komen selepas memeriksa link media sosial tersebut.
Jika anda mengguna link Wikipedia atau Laman Web Rasmi dan bukannya salah satu dari akaun media sosial, sila pastikan link ke saluran, grup atau bot disertai jika anda ingin verifikasi oleh Telegram.
Maaf, Telegram tidak melakukan verifikasi untuk akaun pengguna setakat ini. Verifikasi hanya dilakukan untuk saluran, grup dan bot besar yang aktif.
Perhatikan bahawa verifikasi tidak memberi apa-apa keistimewaan di Telegram - ianya hanya salah satu cara untuk menunjukkan saluran, grup atau bot anda adalah rasmi. Link ke Telegram di laman rasmi anda atau akaun rasmi di tempat lain boleh memberi keputusan yang sama.
Saluran, grup atau bot yang telah diverifikasikan tidak boleh menukar nama atau link pendek(t.me/…). Jika pertukaran diperlukan, anda boleh nyahkan status verifikasi dahulu. Hubungi @VerifyBot dan kirim /unverify
. Anda kemudian boleh dapatkan balik verifikasi menggunakan bot.